Pages

Tuesday, January 4, 2011

TIPS: PREPARING FOR LOVE

- BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI DI HUJUNG MINGGU


1.
Elakkan bau badan/ nafas









Seseorang yang mempunyai pernafasan yang berbau, jarang mengetahui tentangnya mungkin kerana pasangannya tidak mahu memaklumkan kepadanya. Jika anda mempunyai gejala tersebut tanya pasangan anda sejujurnya. Ini kerana jika ianya serius anda sepatutnya berjumpa pakar dengan segera.

2. Mandi Bersama



Ketika mandi bersama, sabun pasangan anda, shampoo kan rambutnya dan keringkannya. Sikap ini akan membuatkan pasangan menghargai dan merasakan anda sebahagian dari hidupnya. Selain itu, pasangan juga ingin bermesra seperti anak kecil yang mengharapkan belaian mesra.

3. Mencipta suasana

Tips ini penting bagi pasangan mencipta suasana yang mesra di bilik beradu. Ditempat tersebut perlu dihias dengan bunga dan bauan segar bagi menghidupkan suasana yang harmoni dan tenang.

a. pastikan keadaan bilik tidak terlalu sejuk atau panas.

b. Memainkan muzik lembut sebagai ‘background music’ bagi meransang mood

c. Matikan telefon bagi mengelakkan gangguan


4. Urutan mesra

a .Mulakan urutan kepala dan bahu diikuti bahagian belakang badan.

b.Kemudian diikuti dari bahagian bawah kaki ke punggung.

c.Diikuti urutan dibahagian depan dada dan lengan pasangan anda.

Semua tips ini khas untuk pasangan suami isteri sahaja. Diulangi PASANGAN SUAMI ISTERI....

Jadi sesiapa yang belum berkahwin jangan sesekali menggunakan tips tersebut dengan pasangan anda.


Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH MALAYSIA

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010

Tahniah aku nak ucapkan kepada pasukan Malaysia kerana akhirnya telah menjuarai Piala Suzuki AFF selepas menundukkan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Dan, yang penting terima kasih kepada PM Malaysia kerana memberikan CUTI UMUM pada Jumaat 31 Disember 2010.Cuti tu... baru je aku nak mintak cuti, nasib baik x isi borang lagi. TERIMA KASIH MALAYSIA, TERIMA KASIH PM.